Kawasan hutan berhampiran IPD Sepang terbakar

SEPANG – Kawasan hutan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.48 pagi.
"Seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta bantuan BBP Sepang bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 8.5 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ashrul Riezal berkata, komander operasi memaklumkan kebakaran melibatkan kawasan hutan berbukit berhampiran IPD Sepang.
"Kebakaran dianggarkan melibatkan kawasan seluas kira-kira 2.8 hektar. Operasi pemadaman sedang dijalankan bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
