ADUN Lenggeng nafi tidak hadir istiadat angkat sumpah MB, tegas beri sokongan penuh kepada Ismail

Mohd Asna (dua dari kanan) bersama ADUN yang mengangkat sumpah.
Mohd Asna (dua dari kanan) bersama ADUN yang mengangkat sumpah.
A
A
A

KUALA PILAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menafikan dakwaan bahawa beliau tidak hadir pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti pada Ahad.

Menurutnya, laporan sebuah akhbar yang menyatakan beliau tidak hadir pada majlis tersebut boleh mengundang persepsi negatif.

"Saya ada hadir tadi pada Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar.

"Saya harap tolong betulkan berita tersebut yang menyatakan saya tidak hadir," katanya.

Hantaran Mohd Asna yang menafikan beliau tidak hadir pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar.
Hantaran Mohd Asna yang menafikan beliau tidak hadir pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar.

Mohd Asna berkata, beliau menerima notis jemputan untuk menghadiri istiadat itu kira-kira jam 1 pagi menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh Datuk Bandar.

Beliau berpendapat kemungkinan ada ADUN yang tidak hadir kerana tidak perasan mesej tersebut, selain sudah penat.

"Bila keluar cerita macam itu seperti mahu memberi tanggapan kami tidak memberikan sokongan kepada Menteri Besar yang baharu.

Artikel Berkaitan:

"Saya sendiri secara peribadi bagi sokongan penuh kepada Menteri Besar yang baharu dan saya yakin beliau akan mentadbir Negeri Sembilan dengan lebih baik berdasarkan pengalaman beliau sebagai wakil rakyat dan Exco," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!