Patung penyu cenderahati ikonik

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gelagat pengunjung yang membawa pulang patung penyu dengan mengikat di belakang, sebagai cenderahati ketika mengunjungi Pasar Kedai Payang, yang merupakan antara destinasi tumpuan pelancong di Terengganu.

Patung penyu yang dihasilkan dalam pelbagai warna, saiz dan rekaan kreatif itu menjadi antara barangan paling mendapat perhatian dalam kalangan pelancong yang ingin membawa pulang kenangan dari negeri ini.

Bagi kebanyakan pengunjung, patung penyu bukan sekadar hiasan atau aksesori, malah melambangkan identiti Terengganu yang sinonim dengan khazanah penyu serta keindahan pantai di Pantai Timur.

Permintaan terhadap cenderahati berbentuk penyu terus meningkat terutama pada musim cuti sekolah dan hujung minggu apabila Pasar Kedai Payang menerima kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Keunikan reka bentuk, warna yang menarik serta nilai simboliknya menjadikan patung penyu antara cenderahati ikonik yang terus menjadi pilihan pengunjung setiap kali berkunjung ke Terengganu, sekali gus membantu merancakkan jualan peniaga tempatan.

Peniaga, Syed Syukri Syed Hamid, 41, berkata, beliau bersama beberapa peniaga lain menyediakan lebih 1,000 patung penyu dalam pelbagai saiz bagi memenuhi permintaan pelanggan terutama ketika berlangsungnya program dan acara yang menarik kehadiran pengunjung dari seluruh negara.

Patung penyu tersebut dijual pada harga antara RM15 hingga RM85 bergantung pada saiz dan reka bentuk.Beliau berkata jualan cenderahati itu bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan peniaga, malah turut mempromosikan identiti Terengganu melalui produk kraf yang menjadi pilihan pelancong sebagai kenangan selepas mengunjungi negeri ini. Foto Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!