PRN Negeri Sembilan: BN akan menghadap Yang di-Pertuan Besar secepat mungkin - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) ketika sidang akhbar di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Sabtu.
Ahmad Zahid (tengah) ketika sidang akhbar di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terlebih dahulu bagi menentukan calon Menteri Besar selepas gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berbuat demikian secepat mungkin.

“Saya menghadap dulu (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) secepat yang mungkin,” katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai calon Menteri Besar yang akan dilantik bagi menerajui pentadbiran negeri.

Terdahulu, beliau mengumumkan BN-PN akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Katanya, secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!