[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas tewas di kesemua sembilan kerusi yang ditandingi termasuk gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, penyandang DUN Klawang, Datuk Bakri Sawir tewas kepada calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), Danni Rais yang memperoleh 746 undi berbanding 683 undi diraih Bakri.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Adib Musa pula hanya memperoleh 83 undi.
Kekalahan itu menyaksikan Amanah kehilangan satu-satunya kerusi yang dimenangi parti berkenaan pada PRN Negeri Sembilan 2023.
Selain Klawang, Amanah turut meletakkan calon di DUN Serting, Lenggeng, Senaling, Johol, Paroi, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh, namun kesemua calon parti itu gagal menawan kerusi berkenaan.
Sebagai rekod, kerusi DUN Paroi dan Klawang sebelum ini disandang oleh Amanah, namun pada PRU-15 hanya kerusi DUN Klawang berjaya dikekalkan manakala DUN Paroi tewas dengan Perikatan Nasional (PN) yang dimenangi wakilnya, Kamarol Ridzuan Mohd Zin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

