[TIDAK RASMI] DAP menang di Bukit Kepayang, Lobak

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) mendahului dan dijangka mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang dan Lobak yang ditandingi DAP berdasarkan keputusan kiraan semasa.
Di DUN Bukit Kepayang, PH memperoleh 19,207 undi atau 73 peratus, manakala Perikatan Nasional (PN) meraih 7,000 undi (27 peratus).
Sementara itu, di DUN Lobak PH memperolehi 12,163 atau 88 peratus manakala Perikatan Nasional memperoleh 1736 atau 12 peratus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
