[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: PN dahului di empat kerusi

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mendahului di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.
Empat kerusi tersebut adalah di Serting, Sikamat, Gemas dan Klawang.
Setakat jam 8 malam, calon PN di Serting, Fairuz Isa mendahului calon Pakatan Harapan (PH), Yaacob Mahmood dan Affendy Salleh (Bersatu) dengan majoriti 4,013 undi.
Sementara itu calon PN di Sikamat, Datuk Razali Abu Samah mendahului Nor Azman Mohamad (PH) dan Tun Faisal Ismail (Bersatu) dengan 1,457 undi manakala di Gemas, Ridzuan Ahmad (PN) mendahului Siti Aishah Seman Othman (PH) dan Azman Abdullah (Bersatu) dengan 8,421 undi.
Di Klawang, Danni Rais (PN) mendahului Bakri Sawir (PH) dan Adib Musa (Bersatu) dengan 63 undi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

