Warga emas tersepit bawah kereta dibaiki

Anggota bomba berusaha menyelematkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan dibaikinya.
Anggota bomba berusaha menyelematkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan dibaikinya.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki warga emas cedera tersepit ketika membaiki kenderaannya di Jalan Kampung Majid 1 di sini jam 3.05 minit petang pada Sabtu.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Ridzuan Mohd Zait berkata, mangsa yang berusia 86 tahun ditemui tersepit di bawah Perodua Kembara miliknya.

Menurutnya, sembilan anggota dikejarkan dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian melibatkan jarak lima kilometer.

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan jalan raya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan cedera dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Operasi tamat 3.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!