PRN Negeri Sembilan: 28.11 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi - Pengerusi SPR

Ramlan (kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya sempena PRN Negeri Sembilan Ke-16 pada Sabtu. Foto Bernama
Ramlan (kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya sempena PRN Negeri Sembilan Ke-16 pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN -  Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 mencecah 28.11 peratus setakat 11 pagi ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kadar keluar mengundi pada sebelah pagi agak menggalakkan berdasarkan tinjauan di beberapa pusat mengundi di sekitar Seremban dengan golongan warga emas lebih ramai keluar mengundi pada sebelah pagi ini berbanding pengundi muda.

"Kita harap orang muda cepat-cepat bangun dan keluar mengundi kerana kita menjangkakan pada petang ini cuaca tidak berapa elok.

"Mengikut ramalan kaji cuaca, kawasan yang cuacanya elok sehingga petang cuma di Port Dickson manakala di daerah lain kita menjangkakan akan berlaku hujan,” katanya kepada pemberita  selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, SPR menjangkakan sasaran kadar keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus dapat dicapai berdasarkan persaingan sengit antara parti yang bertanding sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari bermula 18 Julai lepas.

AKAN MENYUSUL

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!