Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta seludup 26kg dadah

Individu dikenali sebagai MS berusia 39 tahun itu diberkas di lapangan terbang di Jakarta pada Khamis
Individu dikenali sebagai MS berusia 39 tahun itu diberkas di lapangan terbang di Jakarta pada Khamis
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menahan seorang juruterbang warga Malaysia yang didakwa menyeludup masuk 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA ke ibu kota ketika sedang bertugas dan berada di bawah pengaruh dadah, menurut pihak kastam pada Jumaat.

"Individu dikenali sebagai MS berusia 39 tahun itu diberkas di lapangan terbang utama Jakarta pada Khamis," menurut pegawai kastam, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang.

Menurutnya, MS telah ditetapkan sebagai suspek jenayah selepas membawa MDMA dalam sebuah beg pakaian ke Jakarta atas arahan individu tidak dikenal pasti dengan dijanjikan bayaran RM50,000.

"Ujian air kencing mendapati juruterbang itu berada di bawah pengaruh kokain dan metamfetamin.

"Siasatan awal mendapati juruterbang itu dipercayai bertindak sebagai kurier dadah," ujarnya sambil menambah pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia sedang berhubung bagi menyiasat kes tersebut.

Indonesia menguatkuasakan undang-undang dadah yang ketat dan pada 2015 dan melaksanakan hukuman mati terhadap dua warga Australia yang terlibat dalam sindiket dadah Bali Nine kerana cuba menyeludup heroin keluar dari pulau peranginan Bali. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!