Kancil merah Skuad Cakna tiba di saat rakyat memerlukan - Aktivis

Shaharol berkata, kehadiran Skuad cakna bukan sekadar menjalankan tugasan pemberitaan, sebaliknya menjadi penghubung antara masyarakat dengan pihak berkuasa apabila pelbagai isu rakyat dibangkitkan melalui laporan akhbar.

A
A
A

ALOR SETAR – Kelibat kereta Perodua Kancil berwarna merah milik Skuad Cakna Sinar Harian yang suatu ketika dahulu setiap hari menjelajah ke pelosok daerah di negeri ini masih segar dalam ingatan seorang aktivis masyarakat, Shaharol Niza Omar, 53.

Beliau berkata, kehadiran Skuad cakna bukan sekadar menjalankan tugasan pemberitaan, sebaliknya menjadi penghubung antara masyarakat dengan pihak berkuasa apabila pelbagai isu rakyat dibangkitkan melalui laporan akhbar.

"Apabila timbul masalah di kampung, sama ada berkaitan kemiskinan, pendidikan, jalan raya, bekalan elektrik atau kemudahan asas, antara pihak yang kami cari ialah Sinar Harian.

Aktiviti konvoi Skuad Cakna Sinar Harian yang turut diadakan di Pulau Pinang.
Aktiviti konvoi Skuad Cakna Sinar Harian yang turut diadakan di Pulau Pinang.

"Bagi kami, Sinar Harian membawa suara rakyat tanpa mengira latar belakang politik, " katanya.

Menurut Shaharol Niza, peranan yang dimainkan oleh Sinar Harian dengan membawa slogan baharu Suara Rakyat diharapkan akan terus mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Shaharol Niza menunjukkan keratan akhbar Sinar Harian berhubung penganjuran aktiviti bersama NGO pada tahun 2012.
Shaharol Niza menunjukkan keratan akhbar Sinar Harian berhubung penganjuran aktiviti bersama NGO pada tahun 2012.

Artikel Berkaitan:

"Sinar Harian perlu terus bergerak sebagai media yang bebas, berintegriti dan konsisten memperjuang isu-isu rakyat tanpa dipengaruhi mana-mana kepentingan politik," ujarnya.

Konvoi skuad Cakna Sinar Harian di Pendang pada tahun 2012.
Konvoi skuad Cakna Sinar Harian di Pendang pada tahun 2012.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!