Pendedahan RCI TH bukan politik picisan - Anwar

Anwar. Foto: Bernama
Anwar. Foto: Bernama
A
A
A

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan isu tindakan politik picisan sebaliknya amanah dan tanggungjawab memelihara kepentingan jutaan umat Islam negara ini.

Beliau berkata, laporan berkenaan perlu dilihat secara serius kerana ia antara lain mendedahkan teguran dan amaran yang pernah diberikan Bank Negara Malaysia pada 2014 dan 2017 berhubung keadaan kewangan TH, namun tidak diambil tindakan sewajarnya.

"Ini bukan isu politik. Ini soal amanah, satu tanggungjawab kita memelihara kepentingan umat,” katanya ketika berucap pada program Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, yang turut dihadiri Menteri Besar yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan RCI itu bukan dihasilkan oleh kerajaan pimpinan beliau.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen membahaskan laporan berkenaan pada 11 Ogos ini membolehkan perkara itu dijelaskan secara terbuka berdasarkan fakta dan kandungan laporan. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!