Pengetua madrasah didakwa amang seksual tiga murid lelaki

Tertuduh berurusan dengan pihak polis semasa di mahkamah.
Tertuduh berurusan dengan pihak polis semasa di mahkamah.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang pengetua madrasah di Tumpat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga anak murid lelakinya pada 2023 dan 2024 lalu.

Tertuduh, Mohamad Badrul Abd Rahim, 33, bagaimanapun mengaku tidak salah di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas murid lelaki berusia 10 tahun 10 bulan di madrasah berkenaan pada jam 1 pagi, 16 Jun 2023.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap murid lelaki yang lain berusia 11 tahun tiga bulan di madrasah sama pada jam 10 malam, 8 November 2024.

Mengikut pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap murid ketiga yang berusia 11 tahun lapan bulan pada jam tiga pagi bulan Februari tahun 2023, juga di madrasah sama.

Tertuduh (kanan) tiba sendiri di Mahkamah Pasir Mas untuk berdepan tuduhan.
Tertuduh (kanan) tiba sendiri di Mahkamah Pasir Mas untuk berdepan tuduhan.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan bagi Seksyen 14, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat serta tambahan kepada hukuman penjara maksimum lima tahun juga sebat minimum dua sebatan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Siti Aisyha Nailah menawarkan jaminan RM45,000 bagaimanapun tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan tempat tinggal setiap bulan dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 26 Ogos ini.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!