60 pelarian Rohingya masuk Bangladesh setiap minggu

Kemasukan baharu masih berlaku secara berterusan walaupun Bangladesh sudah menempatkan lebih 1.2 juta pelarian etnik berkenaan.
Kemasukan baharu masih berlaku secara berterusan walaupun Bangladesh sudah menempatkan lebih 1.2 juta pelarian etnik berkenaan.
A
A
A

DHAKA – Kira-kira 50 hingga 60 orang pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh setiap minggu, menurut Suruhanjaya Bantuan Pelarian dan Penghantaran Pulang (RRRC) negara itu.

Pesuruhjayanya, Mizanur Rahman berkata, berdasarkan laporan pihaknya, kemasukan baharu pelarian Rohingya masih berlaku secara berterusan walaupun Bangladesh sudah menempatkan lebih 1.2 juta pelarian etnik berkenaan.

“Laporan kami menunjukkan bahawa setiap minggu antara 50 hingga 60 Rohingya baharu memasuki Bangladesh,” katanya kepada akhbar The Daily Star baru-baru ini.

Dalam tempoh dua tahun lalu, dianggarkan kira-kira 200,000 Rohingya telah menyeberang masuk ke Bangladesh.

Pada masa sama, kira-kira 30,000 bayi dilahirkan setiap tahun di kem pelarian Rohingya, menyebabkan jumlah penduduk di penempatan berkenaan terus meningkat.

Bangladesh kini menjadi tuan rumah kepada populasi pelarian Rohingya terbesar di dunia selepas penghijrahan besar-besaran dari Myanmar pada 2017.

Kemasukan berterusan serta pertumbuhan populasi yang pesat itu memberi tekanan besar terhadap aspek kemanusiaan, alam sekitar dan ekonomi Bangladesh.

Keadaan tersebut sekali gus menguatkan gesaan supaya komuniti antarabangsa memainkan peranan lebih besar dalam mencari penyelesaian berkekalan terhadap krisis etnik Rohingya.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!