SPRM soal siasat wanita agih 'duit minyak'

Zainul Darus
Zainul Darus
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap aduan agihan 'duit minyak' kepada penyokong parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ahad lalu.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, tujuh individu termasuk wanita yang memakai baju lambang Harapan yang tular di media sosial dipanggil untuk diambil keterangan sebagai saksi.

Menurutnya, kesemua keterangan diambil di Cameron Highlands.

"Kita mohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap perkara ini di mana, kita tidak pasti wujud kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012) atau Akta SPRM 2009.

"Jadi serahkan kepada pihak kita untuk menjalankan siasatan sebaik mungkin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM Perak, Meru Raya, hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sementara itu, Zainul berkata, sekurang-kurangnya lima aduan termasuk isu itu diterima sepanjang kempen PRK Cameron Highlands berlangsung setakat ini.

"Aduan berkenaan diterima daripada orang awam serta parti politik," katanya.

Artikel Berkaitan: