Pertumbuhan Malaysia pada 2026 dijangka pada julat atas empat hingga lima peratus - Gabenor BNM

Abdul Rasheed semasa ucaptama sempena majlis pembukaan Simposium Sasana 2026 yang berlangsung selama dua hari, pada Selasa. Foto Bernama
Abdul Rasheed semasa ucaptama sempena majlis pembukaan Simposium Sasana 2026 yang berlangsung selama dua hari, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia masih berada pada landasan yang tepat untuk mencatatkan pertumbuhan antara empat hingga lima peratus pada 2026 dengan inflasi yang kekal terurus meskipun terdapat kejutan bekalan tenaga, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, asas ekonomi Malaysia, agenda pembaharuan serta komitmen terhadap pengurusan ekonomi yang kukuh telah membolehkan kerajaan bertindak balas dengan berkesan apabila berlaku kejutan.

"Sebagai bank pusat negara, BNM telah memainkan peranannya dengan mengekalkan kestabilan makroekonomi yang membolehkan pembaharuan dilaksanakan.

"Inflasi yang rendah dan stabil, sistem kewangan yang kukuh serta pasaran kewangan yang teratur telah membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi transformasi ekonomi negara,” katanya dalam ucaptama sempena majlis pembukaan Simposium Sasana 2026 yang berlangsung selama dua hari di sini pada Selasa.

Abdul Rasheed berkata, pada tahun lepas, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.2 peratus, inflasi kekal terkawal dan ringgit menjadi mata wang yang menunjukkan prestasi terbaik di rantau ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!