Empat mayat berkecai dalam letupan kilang pemprosesan logam

Menteri Assam, Kaushik Rai melawat sebuah kilang pemprosesan logam yang meletup di daerah Cachar, Assam. - Agensi
Menteri Assam, Kaushik Rai melawat sebuah kilang pemprosesan logam yang meletup di daerah Cachar, Assam. - Agensi
A
A
A

CACHAR – Empat pekerja maut dalam keadaan mengerikan selepas sebuah kilang pemprosesan logam di daerah Cachar, Assam pada pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, letupan di unit pemprosesan logam milik Kade Global Infrastructure LLP di Udharbond begitu kuat sehingga kedengaran di seluruh kawasan berhampiran.

Penduduk yang bergegas ke lokasi mendakwa mendapati mayat mangsa berkecai dengan anggota badan bertaburan di sekitar kawasan kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Appu Boraik, Kiron Munda, Shyamal Gaur dan Sagar Nath, yang berasal dari Agartala, Tripura.

Menurut polis, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat mereka dihantar ke Kolej Perubatan dan Hospital Silchar (SMCH) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kanan Cachar, Sanjeev Saikia berkata, ahli keluarga telah mengenal pasti identiti semua mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kami akan membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Sementara itu, beberapa pekerja lain yang cedera berjaya diselamatkan oleh anggota polis, bomba dan pasukan kecemasan yang bergegas ke lokasi sejurus selepas letupan berlaku.

Sebahagian mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, manakala yang mengalami kecederaan ringan dibenarkan pulang.

Artikel Berkaitan:

Polis memaklumkan, syarikat Kade Global Infrastructure LLP mengendalikan dua unit pemprosesan besi buruk di kawasan berkenaan, dengan letupan berlaku di unit baharu di Pangram yang mula beroperasi kira-kira setahun lalu.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!