Ucapan kontroversi tidak 'membunuh' persefahaman BN-PN

Kontroversi membabitkan kenyataan Sanusi tidak dijangka meruntuhkan persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Kontroversi membabitkan kenyataan Sanusi tidak dijangka meruntuhkan persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
A
A
A

SEREMBAN – Kontroversi membabitkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dijangka meruntuhkan persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun berpotensi meningkatkan kos politik kerjasama tersebut.

Isu itu tercetus selepas ucapan Muhammad Sanusi ketika berkempen di Jempol mengundang pelbagai reaksi, termasuk gesaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Pengarah Pilihan Raya PN itu tidak lagi turun berkempen di Negeri Sembilan.

PN bagaimanapun menegaskan tiada halangan untuk Muhammad Sanusi terus membantu kempen, manakala BN menyatakan kerjasama politik berkenaan tidak bermakna gabungan itu menerima semua naratif mana-mana pihak.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, persefahaman BN-PN dibina atas kepentingan strategik bagi mengelakkan perpecahan undi dan memaksimumkan peluang menewaskan Pakatan Harapan (PH), bukannya penyatuan ideologi sepenuhnya.

“Saya tidak melihat kontroversi ini mampu membunuh persefahaman BN-PN secara serta-merta kerana asas kerjasama mereka bukan dibina atas penyatuan ideologi yang lengkap, sebaliknya atas kepentingan strategik untuk memaksimumkan peluang kemenangan melalui penyatuan undi anti-PH.

“Dalam sains politik, kerjasama seperti ini lazimnya bersifat ‘electoral coalition’ atau pakatan pilihan raya, bukannya ‘governing coalition’. Oleh sebab itu, daya tahannya lebih bergantung kepada keuntungan pilihan raya berbanding keseragaman pendirian politik.

“Namun, saya fikir kontroversi seperti ini meningkatkan kos politik kerjasama tersebut,” katanya.

Menurut Mujibu, BN berada dalam kedudukan lebih sukar kerana mahu mengekalkan imej sebagai gabungan sederhana dan inklusif, pada masa sama memerlukan kerjasama PN untuk menyatukan undi Melayu.

“Jika mempertahankan kenyataan itu, BN berisiko menjarakkan lagi pengundi bukan Melayu dan pengundi sederhana.

Artikel Berkaitan:

“Jika mengkritiknya secara terbuka pula, BN berdepan risiko mengganggu persefahaman yang sedang dibina bersama PN. Ini menjadikan ruang politik BN jauh lebih sempit berbanding Pas atau PN,” katanya.

Beliau berkata, kesan terbesar kontroversi itu bukan terhadap penyokong tegar, sebaliknya pengundi sederhana dan atas pagar yang menjadi penentu di kerusi marginal serta kawasan campuran.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, isu tersebut mengalihkan fokus kempen daripada ekonomi, kos sara hidup dan pembangunan kepada perdebatan mengenai identiti kaum.

Menurutnya, keadaan itu dikenali sebagai agenda displacement, iaitu apabila sesuatu isu berjaya menenggelamkan naratif utama sesebuah kempen.

“Dalam era media sosial, konteks sering tewas kepada klip video berdurasi 30 saat. Penjelasan panjang selepas itu jarang mampu mengatasi kesan emosi yang telah terbentuk dalam minda pengundi,” katanya.

Beliau berkata, kesannya lebih ketara di Negeri Sembilan yang mempunyai komposisi masyarakat pelbagai kaum.

“Naratif penyatuan Melayu sememangnya berpotensi meningkatkan mobilisasi pengundi Melayu khususnya dalam kawasan luar bandar.

“Namun pada masa sama, naratif yang dilihat terlalu eksklusif boleh mencetuskan *counter-mobilisation*, iaitu penyatuan pengundi bukan Melayu untuk mempertahankan kepentingan mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, kontroversi tersebut telah mengalihkan fokus kempen daripada isu ekonomi, kos sara hidup dan pembangunan kepada perdebatan mengenai identiti kaum.

Menurutnya, keadaan itu dikenali sebagai *agenda displacement*, iaitu apabila sesuatu isu berjaya menenggelamkan naratif utama sesebuah kempen.

“Dalam era media sosial, konteks sering tewas kepada klip video berdurasi 30 saat. Penjelasan panjang selepas itu jarang mampu mengatasi kesan emosi yang telah terbentuk dalam minda pengundi,” katanya.

Beliau berkata, kesannya lebih ketara di Negeri Sembilan yang mempunyai komposisi masyarakat pelbagai kaum.

“Naratif penyatuan Melayu sememangnya berpotensi meningkatkan mobilisasi pengundi Melayu khususnya dalam kawasan luar bandar.

“Namun pada masa sama, naratif yang dilihat terlalu eksklusif boleh mencetuskan *counter-mobilisation*, iaitu penyatuan pengundi bukan Melayu untuk mempertahankan kepentingan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kenyataan Muhammad Sanusi mungkin menghiris perasaan masyarakat pelbagai kaum, tetapi kesannya terhadap pengundian belum dapat dipastikan.

“Jadi, ia mungkin sedikit sebanyak ada kesan dari segi perasaan, tetapi kesan itu tidak semestinya kepada undi kerana kita tidak tahu apa perasaan sebenar pengundi di sana,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!