Gara-gara seekor ayam, lelaki dibelasah hingga maut

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
A
A
A

 

JAKARTA - Gara-gara dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki dibelasah beramai-ramai hingga maut dalam kejadian menggemparkan di Indonesia.

Lebih memilukan, insiden itu turut disaksikan oleh anak perempuan mangsa yang hanya mampu meraung ketika bapanya dipukul beramai-ramai oleh penduduk setempat di Bali pada Jumaat lalu.

"Siasatan telah dijalankan selepas kejadian itu turut tular di media sosial. Kami telah memanggil beberapa saksi untuk memberi keterangan dan mengenal pasti pelaku berikutan motosikal milik mangsa turut dibakar.

"Sejumlah bahan bukti telah berjaya diperoleh," kata Kasi Humas Polres Tabanan, Iptu Ni Luh Putu Wiwik Endrayani.

Penduduk setempat berang susulan siri kehilangan ayam yang sering berlaku di kawasan berkenaan, termasuk kes terbaharu membabitkan ayam milik IWS, warga Banjar Juwuk Legi, Desa Batunya, Kecamatan Baturiti. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!