Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan

KANGAR - Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya.
"Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut.
"Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut.
"Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini, dan kes masih dalam siasatan lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
