PRN Negeri Sembilan: Bersatu lancar manifesto garis 9 tunjang utama

Muhyiddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas melancarkan manifesto parti itu yang menggariskan 76 tawaran di bawah sembilan tunjang utama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. - Foto: Bernama
Muhyiddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas melancarkan manifesto parti itu yang menggariskan 76 tawaran di bawah sembilan tunjang utama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. - Foto: Bernama
A
A
A

NILA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan manifesto parti itu yang menggariskan sembilan tunjang utama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Manifesto bertemakan "Tawaran Bersatu Demi Nismilan” itu dilancarkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini petang ini.

Tunjang pertama manifesto itu memberi fokus kepada tadbir urus, diikuti tunjang kedua merangkumi aspek pertumbuhan ekonomi, tunjang ketiga meliputi usaha merancakkan sektor pelancongan dan tunjang keempat merangkumi bidang pertanian dan perladangan.

Tunjang kelima manifesto pula meliputi segmen pendidikan, perihal pemerkasaan golongan belia (tunjang keenam), pemerkasaan wanita (tunjang ketujuh), keperluan warga FELDA (tunjang kelapan) manakala tunjang terakhir menumpukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!