Flat kosong terbiar lebih 15 tahun, bukan tempat lepak - Penduduk

Penduduk mencadangkan akses ke bangunan tersebut ditutup sepenuhnya, termasuk menutup laluan tangga bagi mengelakkan pencerobohan dan kejadian tidak diingini berulang. Gambar kecil: Roshan (kiri) dan Balaguru
Penduduk mencadangkan akses ke bangunan tersebut ditutup sepenuhnya, termasuk menutup laluan tangga bagi mengelakkan pencerobohan dan kejadian tidak diingini berulang. Gambar kecil: Roshan (kiri) dan Balaguru
A
A
A

IPOH - [KEMAS KINI] Penduduk menganggap bangunan perumahan kosong yang menjadi lokasi penemuan dua pelajar perempuan maut pada Jumaat, sebagai kawasan berbahaya.

Roshan Singh, 46, berkata, bangunan yang terbiar hampir 15 tahun itu bukan sahaja tidak selamat dari segi struktur, malah pernah menjadi sarang penagih.

Menurutnya, sepanjang tinggal di kawasan itu, dia tidak pernah melihat orang awam atau pelajar menjadikan bangunan berkenaan sebagai tempat berkumpul atau ponteng sekolah.

"Setahu saya memang tiada pelajar datang lepak di sini sebab tempat ini bahaya dan bukan kawasan untuk orang masuk.

"Kami agak pelik bagaimana mereka boleh masuk ke kawasan itu sehingga berjaya naik ke tingkat atas bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Roshan berkata, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mengejutkan penduduk setempat.

"Dulu kalau ada kes pun melibatkan penagih sahaja, bila ada kes pelajar macam ini, sudah tentu kita bimbang dengan tahap keselamatan," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan dua pelajar perempuan ditemui maut di kawasan bangunan perumahan kosong berhampiran Buntong, dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang Jumaat.

Kedua-dua mangsa yang juga rakan baik dipercayai bersekolah di sekolah sama di Ipoh dan mengikuti sesi pembelajaran pada sebelah petang.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi penduduk, Balaguru, 54, berkata, keadaan bangunan yang terbuka memudahkan individu luar memasuki kawasan tersebut.

Justeru, beliau mencadangkan agar akses ke bangunan tersebut ditutup sepenuhnya, termasuk menutup laluan tangga bagi mengelakkan pencerobohan dan kejadian tidak diingini berulang.

"Kami dimaklumkan kawasan ini sudah diambil alih syarikat pemaju bagi tujuan pembangunan, tetapi sampai sekarang belum ada apa-apa lagi.

"Hanya pembersihan kawasan dilakukan, pokok besar ditebang, semak-samun juga dibersihkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar perempuan ditemukan maut

Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

'Anak saya masih pakai baju PJ sama seperti hantar ke sekolah' - Ibu pelajar maut

Dua-pelajar-perempuan-maut-rakan-baik-belajar-di-sekolah-sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!