Hebatnya, lukisan nampak hidup!

Lukisan potret digital Tan Sri Muhyiddin dan Dr Noor Hisham Abdullah yang dihasilkan Mohd Asri
Lukisan potret digital Tan Sri Muhyiddin dan Dr Noor Hisham Abdullah yang dihasilkan Mohd Asri
A
A
A

SHAH ALAM- Sejak Malaysia dilanda wabak Covid-19, dua individu dianggap sebagai wira negara kerana kepimpinan mereka dalam usaha memerangi wabak tersebut.

Mereka ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sentiasa dinanti bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Ketokohan mereka menjadi inspirasi kepada seorang pengkarya seni, Mohd Asri Zawawi dengan menghasilkan lukisan potret digital untuk dua pemimpin itu.

Lukisan yang dihasilkan sangat teliti dan hampir sama dengan gambar asal itu dikongsi di Facebook miliknya.

Ramai netizen kagum dengan bakat Mohd Asri serta memuji kebolehannya mencipta karya yang sangat menarik.

“Terbaik, karya yang berseni,” komen Mohamed Sapari Sapari.

“Fuhh terbaik tuan,” kata Putera Arya Gading.

Artikel Berkaitan: