Akmal Saleh kongsi pertemuan Pemuda UMNO, Pas

Akmal Saleh berkongsi pertemuan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Pas pada malam Jumaat. Foto: Facebook Akmal Saleh
Akmal Saleh berkongsi pertemuan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Pas pada malam Jumaat. Foto: Facebook Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi mengenai pertemuan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Pas pada malam Jumaat, sambil menekankan pertemuan itu sebagai usaha yang berpaksikan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menzahirkan harapan supaya pertemuan berkenaan dapat membawa kebaikan kepada semua pihak.

"Alhamdulillah pertemuan di antara Pemuda UMNO dan Pemuda Pas malam ini.

"Moga pertemuan ini memberikan kebaikan kepada semua. Ini bukan soal UMNO atau Pas. Ini soal agama, bangsa dan juga tanah air," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat.

Hantaran itu turut disertakan gambar menunjukkan beberapa pemimpin kedua-dua sayap parti bergambar bersama dalam pertemuan tersebut.

Gambar yang dikongsikan itu turut memperlihatkan Muhamad Akmal berjabat tangan dengan Ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Bagaimanapun, Muhamad Akmal tidak memperincikan dengan lebih lanjut agenda perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!