Terbuka China: Pearly-Thinaah kalah di suku akhir

Wakil tunggal negara Pearly Tan-M Thinaah, tersingkir di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Jumaat.
Wakil tunggal negara Pearly Tan-M Thinaah, tersingkir di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Jumaat.
A
A
A

CABARAN Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka China berakhir di suku akhir selepas wakil tunggal negara Pearly Tan-M Thinaah, tersingkir di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Jumaat.

Pasangan yang berada pada kedudukan kelima dunia itu, terpaksa akur tumpas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 16-21, 16-21, dalam masa 46 minit.

Keputusan itu menyaksikan pasangan Jepun itu berjaya menyamakan rekod pertemuan menentang Pearly-Thinaah kepada 5-5. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!