Anwar temui PM bincang Covid-19

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri, di sini petang tadi bagi membincangkan soal wabak koronavirus (Covid-19).

Melalui kenyataan di laman sosial Facebooknya, Anwar menyatakan pertemuan itu berlangsung selama 45 minit dengan Muhyiddin menjelaskan berkenaan langkah kerajaan menangani Covid-19 ketika ini.

Menurutnya, beliau menyatakan penghargaan pihak pembangkang di atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam mendepani ancaman pandemik itu.

"Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan.

"Pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi," katanya dalam satu hantaran petang tadi.

Anwar berkata, beliau turut menyentuh cadangan mengadakan sidang khas Parlimen pada 18 Mei ini bagi membahaskan masalah terkait Covid-19.

"Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam PH serta parti pembangkang lain dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau (Muhyiddin)," katanya.

Artikel Berkaitan: