Aksi 'intim' kekasih atas katil pameran cetus kritikan

TAIPEI - Sepasang kekasih mencuri perhatian di IKEA Taiwan selepas menjadikan katil pameran sebagai 'ruang peribadi' mereka apabila berbaring sambil bercumbu di hadapan pelanggan lain tanpa segan silu.
Insiden itu menjadi perbualan hangat dalam talian selepas seorang wanita berkongsi aksi menjengkelkan tersebut di platform Threads.
"Pasangan berkenaan langsung tidak menghiraukan pelanggan lain termasuk kanak-kanak di sekeliling mereka," menurutnya.
Pakaian kekasih lelaki itu yang agak mencolok mata menyebabkan beberapa pelanggan memandang ke arah mereka.
"Orang ramai perlu menjaga batas dan adab ketika berada di tempat awam. Mana-mana pasangan yang mahu bermesra sepatutnya pulang ke rumah, pergi ke kereta atau menyewa bilik," menurut catatan wanita itu yang turut mempersoalkan sama ada kakitangan IKEA akan mengambil tindakan sekiranya menyaksikan tingkah laku seperti itu.
Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian dengan kebanyakan pengguna mengecam pasangan berkenaan 'secara berjemaah' kerana dianggap tidak menghormati etika di tempat awam. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

