Hilang empat hari, Abdullah Besar ditemui meninggal dunia

Mayat Abdullah ditemukan kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang didirikan bagi menyelaraskan operasi pencarian.
Mayat Abdullah ditemukan kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang didirikan bagi menyelaraskan operasi pencarian.
A
A
A

KEMAMAN – Operasi pencarian seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu berakhir duka apabila mangsa ditemukan meninggal dunia berhampiran kawasan paya di Kampung Baru Neram 1, Cheneh di sini.

​Mayat mangsa, Abdullah Besar, 70, dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 11.20 pagi pada Khamis.

​Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd Hafiezul Mohamad berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang didirikan bagi menyelaraskan operasi pencarian.

​"Mangsa ditemui pasukan penyelamat di kawasan paya berhampiran dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi tersebut.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman bagi tindakan lanjut," ujarnya.

​Sebelum ini, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar dari kediamannya untuk bersarapan kira-kira jam 7 pagi pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!