Tiga gadis tunggang motosikal pamer aksi 'Superman' didakwa

Nur Liana (depan) bersama dua remaja perempuan bawah umur diiringi anggota polis ketika dibawa untuk dituduh di Mahkamah Majistret Khas Trafik di Kuantan pada Khamis.
Nur Liana (depan) bersama dua remaja perempuan bawah umur diiringi anggota polis ketika dibawa untuk dituduh di Mahkamah Majistret Khas Trafik di Kuantan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita dan dua remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret khas Trafik di sini pada Khamis atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi 'Superman' di Jalan Pintasan Kuantan, 16 Julai lalu.

Tertuduh, Nur Liana Atirah Roslan, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Wahida Zainal Abidin manakala dua lagi remaja berusia 18 tahun dan 19 tahun mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan secara berasingan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga gadis ditahan selepas video lakukan aksi 'Superman' tular

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tiga gadis yang bekerja sebagai pembantu kedai dan pekerja hotel itu didakwa menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 masing-masing secara berbahaya kepada pengguna jalan raya lain dengan melakukan dua aksi 'Superman'.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 12.30 tengah malam di Jalan Pintasan Kuantan dari arah Terminal Sentral Kuantan (TSK) menghala Bukit Rangin di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka dituduh secara berasingan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Artikel Berkaitan:

Mereka turut berdepan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Sekiranya memiliki lesen percubaan, lesen akan dibatalkan jika disabitkan kesalahan.
Sekiranya memiliki lesen percubaan, lesen akan dibatalkan jika disabitkan kesalahan.

Sekiranya memiliki lesen percubaan, lesen akan dibatalkan jika disabitkan kesalahan.

Berikutan pengakuan bersalah dua penama bawah umur terbabit, mahkamah menetapkan 26 Ogos depan untuk tarikh sebutan laporan sosial dan akhlak dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM4,000 dan RM5,000 terhadap dua penama berkenaan sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 dan RM3,000 selepas mereka membuat rayuan.

Sementara itu, Nur Liana Atirah yang mengaku tidak bersalah ditawarkan jaminan RM5,000 sebelum dia membuat rayuan minta jumlah itu dikurangkan.

Seorang wanita dan dua remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret khas Trafik di sini pada Khamis atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi 'Superman'.

Mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kepada RM3,000 dan turut menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes itu bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Kesemua mereka tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikemukakan Pegawai Pendakwa Inspektor Noraini Mohd Nor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!