Tragedi selepas Argentina tewas, lelaki ditemui mati

DHAKA - Seorang lelaki yang merupakan penyokong Argentina ditemui mati di rumahnya selepas skuad negara itu tewas dalam aksi final Piala Dunia menentang Sepanyol pada hujung minggu lalu.
Mangsa dikenali sebagai Sumon Hussain, dari Kushtia, Bangladesh.
Menurut siasatan awal, Hussain dipercayai bertengkar dengan isterinya kerana pulang lewat.
"Lelaki itu dilaporkan keluar semula dari rumah selepas keadaan menjadi tegang.
"Pada awal pagi, jasadnya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa sebelum isterinya memaklumkan kejadian itu kepada jiran," jelas laporan itu lagi.
Jurucakap polis, Muhammad Jahedur Rahman mengesahkan insiden itu tiada unsur jenayah.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian," ujarnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

