Peniaga hantar makanan guna Ferrari

Facebook milik Sham Bujang turut memuat naik beberapa gambar Kenneth menghantar makanan secara istimewa dengan menaiki Ferrari F430 berwarna merah.
Facebook milik Sham Bujang turut memuat naik beberapa gambar Kenneth menghantar makanan secara istimewa dengan menaiki Ferrari F430 berwarna merah.
A
A
A

KUCHING - Pelbagai kaedah digunakan peniaga untuk menarik hati pelanggan dalam mempromosikan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

Di Kuching, seorang pemilik restoran memilih menghantar makanan yang dipesan pelanggannya menggunakan kereta berjenama mewah miliknya, Ferrari F430 tular di laman sosial, lapor Astro Awani.

Kenneth Chong yang merupakan pemilik restoran Southbank Grill & Chill berkata, strategi ini digunakan untuk melariskan jualan dan ia diterima baik oleh pelanggannya.

“Saya memilih cara ini kerana ingin menggembirakan semua orang di saat PKP ini, ramai pelanggan yang mahu bergambar dengan kereta saya," katanya.

Lebih menarik, tempahan makanan yang diterimanya juga semakin meningkat kerana ramai pelanggan mula tertarik dengan kaedah penghantaran tersebut.

“Kereta ini jarang digunakan dan hanya di parkir di rumah, jadi saya merasakan ini waktu yang sesuai dengan menghantar makanan kepada pelanggan menggunakan kereta ini," katanya.

Walaupun kaedah penghantaran menggunakan Ferrari menjadi bualan masyarakat Kuching, Kenneth tetap pastikan aspek kebersihan makanan tetap jadi keutamaan premisnya.

Sementara itu Facebook milik Sham Bujang turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan Kenneth menghantar makanan secara istimewa dengan menaiki Ferrari F430 berwarna merah.

Artikel Berkaitan: