Penghantar makanan dirempuh kereta langgar lampu merah

Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta didakwa melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal.
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta didakwa melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Tular video memaparkan seorang penghantar makanan dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Eco Grandeur, Puncak Alam di sini pada Selasa.

Kejadian itu dipercayai dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan mangsa yang menunggang sebuah motosikal ketika itu sedang berhenti ketika menunggu lampu isyarat merah.

Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta didakwa melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal.
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta didakwa melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal.

Rakaman memaparkan sebuah kereta dari arah belakang kemudian bertindak merempuh mangsa.

Berdasarkan komen dalam hantaran itu mendakwa kereta terbabit bertindak melanggar lampu merah ketika kejadian.

Sementara itu Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut pihak polis berhubung kejadian.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!