Restoran diarah tutup, lesen disita

Kakitangan MPK mengarah penutupan sebuah restoran di Kuantan kerana melanggar PKP semalam.
Kakitangan MPK mengarah penutupan sebuah restoran di Kuantan kerana melanggar PKP semalam.
A
A
A

KUANTAN- Sebuah restoran di daerah ini diarah ditutup serta-merta dan lesen perniagaan disita selepas didapati beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, perintah penutupan itu dibuat terhadap restoran terbabit mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171).

Menurutnya, pihaknya telah memeriksa sebanyak 7,033 premis perniagaan bermula dari 18 Mac sehingga semalam.

"Hasil pemeriksaan tersebut sebanyak 84 kompaun dikeluarkan dan empat premis disita barangan perniagaan termasuk satu premis di arah tutup serta-merta dengan lesen perniagaannya disita hari ini (semalam).

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan perniagaan seharusnya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Artikel Berkaitan: