Amaran ribut petir, hujan lebat di lebih 10 negeri - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak hingga 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terjejas ialah Kuala Lumpur, Perlis, Pulau Pinang, Melaka serta di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara di Perak melibatkan kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

Amaran sama turut dikeluarkan di Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Bera) serta Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Negeri lain yang turut terkesan ialah Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!