STR, SARA akan ditambah jika ekonomi terus mengukuh - PM

Anwar - Foto: Bernama
Anwar - Foto: Bernama
A
A
A

IPOH - Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan ditambah sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi meneliti keupayaan kerajaan menambah peruntukan bantuan kepada rakyat.'

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Negeri Sembilan: Undur jika guna pentas Persekutuan serang lawan - PM

Anwar jawab isu kerugian pelaburan RM200 juta KWAP dalam eFishery di Dewan Negara esok

Institusi pondok perlu terus relevan lahir generasi berilmu, kuasai teknologi - PM

Anwar ingatkan rakyat jangan biar isu kaum cetus perpecahan

“Saya telah bincang, semalam saya panggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, apakah mungkin kita tambah lagi SARA.

“Kalau keadaan ekonomi mengizinkan, dalam Belanjawan nanti saya fikir bagaimana nak tambah peruntukan untuk bantu rakyat,” katanya ketika berucap dalam Program Madani Kita Bersama Komuniti Tambun di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun di sini pada Ahad.

Program anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Rela, Datuk KPjR Rosli Yaakub.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keperluan menambah bantuan tersebut mengambil kira cabaran kos sara hidup yang masih memberi tekanan kepada rakyat walaupun terdapat penurunan harga bahan api.

Katanya, terdapat barangan tertentu seperti bawang yang masih terdedah kepada kenaikan harga berikutan kebergantungan kepada import dari luar negara.

“Kadang walaupun harga minyak turun, harga barang sukar dikawal. Contohnya bawang, kita banyak import dari India, jadi bila harga naik, ia beri kesan kepada rakyat,” katanya.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu memaklumkan, kerajaan juga akan memperluas pelaksanaan program Jualan Rahmah bagi memastikan rakyat dapat membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah.

"Mungkin untuk Perak dan terutamanya di Tambun ini, kita tambah Jualan Rahmah supaya rakyat dapat membeli dengan kos lebih rendah," katanya.

Sementara itu, Anwar turut menghargai peranan Rela yang disifatkan bukan sahaja membantu aspek keselamatan, malah menyantuni masyarakat di peringkat akar umbi.

Beliau menambah, kerajaan sebelum ini telah meluluskan peruntukan RM3 juta yang antaranya digunakan bagi kerja baik pulih kediaman anggota yang uzur dan daif.

“Tahun ini kita teruskan dengan peruntukan RM3 juta lagi untuk kebajikan anggota Rela yang memerlukan bantuan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!