Gunung Semeru meletus tiga kali, aliran piroklas cecah 3.5km

Gunung Semeru di Indonesia meletus tiga kali pada pagi Sabtu.
Gunung Semeru di Indonesia meletus tiga kali pada pagi Sabtu.
A
A
A

JAKARTA - Gunung Semeru di Indonesia meletus tiga kali pada pagi Sabtu, dengan letusan kedua pada 6.21 pagi mencetuskan aliran piroklas sejauh kira-kira 3.5 kilometer menuruni cerun tenggara gunung berapi itu.

Menurut laman pemantauan gunung berapi MAGMA, pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi Semeru, Mukdas Sofian berkata, tiga letusan itu berlaku antara 5.24 pagi hingga 9.09 pagi, menghasilkan kepulan abu setinggi antara 500 hingga 1,000 meter dari puncak.

Terletak di Jawa Timur, Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Indonesia dan antara gunung berapi paling aktif di negara itu. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!