Kesemua lapan pusat penamaan calon PRN Negeri Sembilan ditutup 10 pagi

Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Aminuddin Harun menjalani proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N 32 Linggi sempena PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson pada Sabtu. Foto Bernama
Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Aminuddin Harun menjalani proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N 32 Linggi sempena PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Kesemua lapan pusat penamaan calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 ditutup pada 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula dari 9 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di PPC masing-masing.

Dengan berakhirnya proses penamaan calon itu, bermulalah kempen PRN Negeri Sembilan selama 14 hari seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu hingga 11.59 malam pada 31 Julai.

Terdahulu, penyokong calon-calon yang bertanding mula berkumpul di kesemua PPC berkenaan seawal 7 pagi dan cuaca baik ketika proses penamaan berlangsung.

Berdasarkan daftar pemilih SPR yang dikemas kini hingga 4 Jun 2026, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 889,490 pengundi berdaftar yang layak memilih pada PRN kali ini merangkumi 867,151 pengundi biasa, manakala 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis sebagai pengundi awal. 

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, manakala pengundian awal pada 28 Julai. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!