Mbappe, Kane buru Kasut Emas

Kane (kanan) dan Mbappe masih berpeluang merebut Anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2026. Foto: Agensi
Kane (kanan) dan Mbappe masih berpeluang merebut Anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2026. Foto: Agensi
A
A
A

DI sebalik aksi penentuan tempat ketiga yang sering dianggap kurang glamor, pertemuan Perancis dan England pada awal pagi Ahad (5 pagi waktu Malaysia) tetap menjanjikan pertarungan menarik apabila Kylian Mbappe dan Harry Kane memburu gelaran penjaring terbanyak Piala Dunia.

Mbappe kini berada di landasan terbaik apabila mengumpul lapan gol, berkongsi kedudukan teratas bersama kapten Argentina, Lionel Messi dalam persaingan Kasut Emas.

Kapten Perancis itu pastinya mahu menambah koleksi jaringan ketika menentang England sekali gus menutup kempen Piala Dunia dengan satu lagi pencapaian peribadi selepas impian pasukan terhenti di separuh akhir.

Namun, Kane masih belum berputus asa untuk mengejar kedudukan teratas apabila penyerang England itu sudah meledak enam gol sepanjang kejohanan.

Lebih menarik, kapten Three Lions itu bukan asing dengan anugerah berprestij berkenaan selepas pernah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Selain Kane, rakan sepasukannya Jude Bellingham turut mengintai peluang apabila pemain tengah Real Madrid itu juga mengumpul enam gol dan masih berpotensi mencabar Mbappe.

Bagaimanapun, persaingan Kasut Emas masih belum terjamin buat Mbappe kerana Messi masih berpeluang menambah jaringan dalam aksi final menentang Sepanyol.

Situasi itu menjadikan perebutan anugerah penjaring terbanyak terus terbuka sehingga aksi penutup Piala Dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!