Kanak-kanak dikunci dalam tandas, tidur atas lantai: Polis siasat dakwaan bekas guru pusat jagaan

Gambar kanak-kanak yang tular di media sosial didakwa berlaku pengabaian.
Gambar kanak-kanak yang tular di media sosial didakwa berlaku pengabaian.
A
A
A

LANGKAWI – Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan kes pengabaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, siasatan akan dijalankan secara mendalam menjurus kepada dakwaan berkenaan.

Menurutnya, laporan diterima daripada seorang guru yang dikatakan telah diberhentikan kerja yang mana mempertikai cara pengendalian kanak-kanak di pusat berkenaan.

"Antara tuduhan yang dinyatakan adalah dibiarkan tidur atas lantai tanpa tilam dan ada beberapa kanak-kanak pernah dikunci dalam tandas.

"Setakat ini, tiada ibu bapa tampil memaklumkan terdapat anak-anak mengalami kecederaan," katanya.

Gambar kanak-kanak yang tular di media sosial didakwa berlaku pengabaian.
Gambar kanak-kanak yang tular di media sosial didakwa berlaku pengabaian.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan laporan tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi-saksi yang ada.

"Dalam masa sama, kita masih menyiasat kesahihan laporan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!