Soalan Lazim berkaitan PKP MITI

Pekerja kedai serbaneka 24 jam, Ahmad Naim menutup pintu kedai tersebut berikutan arahan premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. - Foto Bernama
Pekerja kedai serbaneka 24 jam, Ahmad Naim menutup pintu kedai tersebut berikutan arahan premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. - Foto Bernama
A
A
A

SOALAN Lazim (F&Q) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

1. Apakah sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

- Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan)

- Industri Mesin dan peralatan

- Industri Aeroangkasa

- Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan:

  • (i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
  • (ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90 peratus ke atas
  • (iii) Kerja-kerja terowong
  • (iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
  • (v) Kerja-kerja cerun
  • (vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
  • (vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
  • (viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
  • (ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
  • (x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  • (xi) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  • (xii) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk artitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktiviti R&D berkaitan Covid-19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja)

- Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Tradional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

- Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Artikel Berkaitan:

2. Perlukah syarikat saya membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan sekiranya syarikat saya dikategorikan dalam sektor berkenaan?

Ya, syarikat perlu membuat permohonan di Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 2.0 melalui pautan laman sesawang https://application.miti.gov.my. Permohonan tersebut akan bermula pada hari Isnin, 13 April 2020, bermula dari jam 9 pagi. Pemprosesan akan mengambil masa lima hari.

3. Sekiranya saya telah mendapat kelulusan MITI untuk beroperasi sewaktu PKP tetapi ingin menambah kapasiti tenaga kerja, bolehkah saya mengemukakan semula permohonan?

Boleh, semua syarikat yang telah mendapat kelulusan MITI boleh mengemukakan semula permohonan di CIMS 2.0 bagi penambahan kapasiti tenaga kerja.

4. Sekiranya permohonan saya telah ditolak, bolehkah saya membuat rayuan?

Ya, rayuan boleh dibuat melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my

5. Sekiranya syarikat saya beroperasi di beberapa lokasi yang berlainan, perlukah saya membuat permohonan berasingan?

Tidak perlu. Syarikat boleh mengemukakan sebanyak 10 alamat berlainan dalam satu permohonan.

6. Siapakah yang layak/ bertanggungjawab mengemukakan permohanan?

Pengarah Pengurusan, Pengarah, Pengarah Projek, Pengurus Projek atau sesiapa yang diberi kuasa oleh syarikat? Sesiapa yang diberi kuasa oleh syarikat layak/ bertanggungjawab mengemukakan permohonan.

OPERASI PERNIAGAAN

7. Sekiranya syarikat saya dikategorikan berada di dalam kawasan warta merah, bolehkah syarikat saya dipertimbangkan untuk beroperasi?

Premis perniagaan yang berada di dalam kawasan warta merah adalah tertakluk kepada arahan MKN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

8. Bolehkah saya beroperasi sepenuh masa?

Syarikat hanya boleh beroperasi setelah mendapat kebenaran daripada MITI. Waktu operasi adalah tertakluk kepada arahan dan pematuhan syarat-syarat MKN, Kerajaan Negeri dan PBT.

9. Apakah protokol kesihatan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP?

Protokol kesihatan dan keselamatan di bawah Standard Operating Procedure (SOP) boleh diperolehi di CIMS 2.0. Syarikat diwajibkan membaca dan bersetuju dengan SOP sebelum membuat pendaftaran dalam sistem tersebut.

10. Bolehkah syarikat memenuhi kesemua permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran eksport?

Ya, syarikat yang telah dibenarkan beroperasi oleh MITI boleh memenuhi kesemua permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran eksport.

11. Bagi menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di premis dan kilang, bolehkah syarikat mendapatkan perkhidmatan profesional thirdparty?

Ya, boleh.

SUMBER MANUSIA

12. Syarikat saya telah memperolehi surat kelulusan beroperasi. Walau bagaimanapun, syarikat saya tidak dibenarkan beroperasi oleh pihak berkuasa. Pekerja syarikat saya juga tidak dibenarkan bergerak/ ditahan oleh pihak berkuasa dalam perjalanan ke premis syarikat. Apakah yang boleh saya lakukan?

Senarai syarikat yang telah diluluskan beroperasi akan dibekalkan kepada MKN, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tujuan penguatkuasaan. Syarikat/ pekerja perlu mengemukakan surat kelulusan untuk memudahcara proses semakan dalam sistem oleh pihak berkuasa.

13. Sekiranya mana-mana pekerja yang disenaraikan tidak dapat hadir (cuti sakit/ rehat/ kecemasan), bolehkah pekerja tersebut digantikan dengan pekerja lain tanpa memberi notifikasi kepada MITI?

Ya tetapi pekerja tersebut hanya boleh digantikan dengan pekerja yang telah disenaraikan dalam permohonan syarikat.

SEKTOR INDUSTRI LOGISTIK

14. Adakah syarikat logistik dibenarkan beroperasi?

Ya, tertakluk kepada kelulusan MITI. Sila membuat permohonan melalui CIMS 2.0.

15. Bolehkah trak logistik beroperasi 24 jam atas jalan raya untuk memberikan perkhidmatan logistik kepada pelanggan domestik?

Waktu operasi adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Pengangkutan.

16. Syarikat saya dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun, syarikat pembekal saya tidak dibenarkan beroperasi. Bolehkah lori syarikat saya bergerak ke kilang pembekal untuk mengambil bahan yang diperlukan untuk meneruskan aktiviti pembuatan?

Ya, boleh dengan syarat lori syarikat anda membawa bersama salinan surat kelulusan MITI untuk memudahcara pergerakan tersebut.

17. Apakah jenis dokumen yang perlu dikemukakan oleh pembekal perkhidmatan semasa perjalanan jauh/ pergerakanan merentas sempadan (daerah/ negeri) untuk hadir bekerja? Adakah pekerja perlu juga mengemukakan permit pekerja/ permit syarikat/ pesanan pembelian kapada pihak berkuasa?

Syarikat yang telah dibenarkan beroperasi perlu mengemukakan salinan surat kelulusan kepada semua pekerja. Bagi memudahcara pergerakan pekerja ke premis syarikat, pekerja disarankan untuk membawa bersama salinan surat kelulusan dan pas pekerja.

18. Syarikat saya telah dibenarkan beroperasi di Rawang. Pelanggan saya dibenarkan beroperasi di Kota Bahru. Bolehkah lori syarikat saya menghantar bahan kepada pelanggan tersebut sekiranya jarak perjalanan melebihi 450 km?

Ya, boleh dengan syarat lori syarikat anda membawa bersama salinan surat kelulusan MITI untuk memudahcara pergerakan tersebut. Walau bagaimanapun, perjalanan merentas sempadan adalah tertakluk kepada protokol kesihatan dan keselamatan yang ditentukan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan.

SENARAI SEKTOR PEMBUATAN KRITIKAL YANG DIBENARKAN BEROPERASI TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT MITI

A. Senarai Barang Penting yang Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport

  • - Beras
  • - Gula
  • - Minyak sayuran dan lemak haiwan
  • - Tepung dan bijirin
  • - Roti
  • - Air
  • - Produk tenusu – susu dan formula bayi
  • - Rempah ratus
  • - Makanan kering
  • - Kopi dan teh Makanan dalam tin
  • - Daging Ayam Makanan haiwan / ternakan
  • - Proses buah dan sayuran

2. Pertanian dan perikanan, termasuk import

  • - Ikan dan makanan laut
  • - Buah-buahan
  • - Sayur-sayuran

3. Produk barangan rumah

  • - Bahan pencuci
  • - Bahan pembasmi kuman
  • - Sanitisers
  • - Barang penjagaan diri
  • - Tisu tandas dan kertas tisu

4. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment - PPE) termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk topeng muka, sarung tangan getah.

5. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan

6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat

7. Peranti perubatan dan pembedahan

8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator

B. Senarai Produk Yang Merupakan Sebahagian Daripada

Rantaian Bekalan Produk Penting Bagi Pengecualian Sekatan Pergerakan

1. Minyak dan Gas

2. Petrokimia

  • - Resin PTA & PET
  • - Serat poliester & filament
  • - Polypropylene & polyethylene
  • - Resin ABS & MABS
  • - Maleic Anhydride
  • - Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)
  • - Expanded EPE
  • - Impact modifiers & processing aids
  • - Styrene Monomer
  • - Styrene Butadiene Latex
  • -Polystyrene

3. Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun

4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor