Mydin hargai ibu mengandung, baucar RM100 habis ditebus

Bakal ibu dan bapa memilih barangan bayi di Mydin.
Bakal ibu dan bapa memilih barangan bayi di Mydin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Hanya dalam tempoh setengah hari, kesemua 500 baucar barangan bayi bernilai RM100 yang ditawarkan Mydin menerusi program khas 'Istimewa Buat Ibu Mengandung' berjaya ditebus susulan sambutan menggalakkan daripada bakal ibu.

Seawal jam 8 pagi, pelanggan mula beratur di lapan cawangan Mydin yang mengambil bahagian bagi merebut peluang menjadi antara 500 penerima terawal baucar berkenaan.

Kesemua 500 baucar berjaya ditebus dalam tempoh setengah hari.
Kesemua 500 baucar berjaya ditebus dalam tempoh setengah hari.

Program itu diadakan serentak di Mydin USJ, Mydin Tunjong, Mydin Seremban 2, Mydin MiTC, Mydin Bukit Mertajam, Mydin Meru Raya, Mydin Gong Badak dan Mydin Mutiara Rini.

Bakal ibu hanya perlu mendaftar secara percuma di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di cawangan yang mengambil bahagian untuk menebus baucar tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Penerima memilih barangan bayi terdapat di Mydin.
Penerima memilih barangan bayi terdapat di Mydin.

Sambutan memberangsangkan terhadap program itu mencerminkan komitmen Mydin dalam menghargai golongan ibu mengandung, di samping membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga yang sedang membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!