[VIDEO] PRN Negeri Sembilan: Jumlah kerusi ditandingi UMNO diumum malam ini

A
A
A

SEREMBAN - Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) terus mengunci mulut mengenai jumlah sebenar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rundingan kerjasama dengan Pas.

Namun menurut sumber dalaman parti, BN dipercayai tidak akan meletakkan calon di kesemua 36 kerusi DUN, namun UMNO dijangka akan bertanding di antara 14 hingga 16 kerusi.

Ahmad Zahid bersalam dengan pemimpin UMNO Negeri Sembilan sebelum meninggalkan bangunan Wisma UMNO
Ahmad Zahid bersalam dengan pemimpin UMNO Negeri Sembilan sebelum meninggalkan bangunan Wisma UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemui pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan masih berteka teki berkenaan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi parti itu.

Beliau hanya memaklumkan MCA akan bertanding di tujuh kerusi, manakala MIC di empat kerusi.

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

"Tadi saya telah berjumpa semua bakal-bakal calon yang telah menandatangani aku janji dan baiah dengan saya selalu Pengerusi BN yang mana ini lazim dilakukan setiap kali pilihan raya

Artikel Berkaitan:

"Pembahagian kerusi dibuat mengikut unjuran kobolehmenangan dan kita bagi tujuh kepada MCA dan empat kepada MIC. Kerusi UMNO pula, adalah jumlahnya yang akan saya atau Pengerusi BN Negeri Sembilan umumkan malam ini," katanya.

Sementara itu Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan pemilihan calon telah pun dimuktamadkan yang turut terdiri daripada sayap Wanita dan Puteri

"Hari ini Pengerusi BN telah pun hadir untuk berjumpa dengan bakal-bakal calon yang akan diumumkan malam ini dan semuanya telah selesai.

"Akan ada wakil daripada pimpinan UMNO, MCA dan juga MIC, termasuk wanita dan juga Puteri," katanya.

Menurutnya, pemilihan kesemua calon dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, namun beliau yakin barisan yang dipilih merupakan calon terbaik untuk menghadapi PRN kali ini.

Jalaluddin turut mengesahkan bahawa ada penyandang yang tidak dicalonkan semula kerana menarik diri atas faktor keluarga dan masalah kesihatan.

"Ada juga penyandang yang akan bertukar kerusi. Siapa mereka, tunggu pengumuman malam ini," katanya.

Pengumuman calon BN akan diumumkan secara rasmi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Ke-16 di Stadium Paroi di sini malam Rabu.

Untuk rekod, pada pilihan raya lalu, BN menang di 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!