Lori bawa muatan batu tiba-tiba tebakar di lebuh raya

AMPANG - Sebuah lori tipper yang membawa muatan batu kerikil terbakar di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) menghala ke Ulu Klang di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.39 pagi.
"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh lima kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ashrul Riezal berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan tiba kira-kira lapan minit kemudian, mendapati kebakaran melibatkan bahagian kepala sebuah lori tipper.
"Anggaran kemusnahan kira-kira 40 peratus, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.55 pagi dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Kerja-kerja pemeriksaan serta 'overhaul' sedang dijalankan oleh anggota bomba bertuga," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
