Shahir hilang sejak sebulan, hanya motosikal ditemui di lebuh raya

Salmah mengharapkan anaknya pulang selepas hilang tanpa khabar beri­ta sejak lebih sebulan lepas. Foto tular.
Salmah mengharapkan anaknya pulang selepas hilang tanpa khabar beri­ta sejak lebih sebulan lepas. Foto tular.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Persiaran Mayang Pasir 2, Bayan Baru dekat sini, sejak 10 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Asisten Komisioner, Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki itu dikenali sebagai Shahir Zainul, 45, dan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya kira-kira 5 pagi dengan menunggang motosikal.

"Kes kehilangan lelaki itu telah dilaporkan oleh ibunya Salmah Shamsudin, 72, pada 12 Jun lepas dan siasatan diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya.
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya.

"Hasil siasatan mendapati motosikal Yamaha Lagenda berwarna biru milik lelaki itu bernombor pendaftaran JLD 142 telah ditemukan di tepi Jalan Lebuh Bukit Jambul sebelum diserahkan semula kepada ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan lelaki berkenaan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-866 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Salmah mengharapkan anaknya pulang selepas hilang tanpa khabar beri­ta sejak lebih sebulan lepas atas alasan mahu mencari durian di sebuah dusun durian di Relau.

Salmah dilaporkan berkata sejak itu Shahir langsung tidak pulang hingga membuatkan dua anak lelakinya berusia 13 dan 15 tahun terlalu merinduinya. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!