Tidak salah buat 'u turn'

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO sambut baik keputusan kerajaan tidak meneruskan hasrat membenarkan operasi kedai gunting rambut dan cermin mata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut keputusan yang baik bagi memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

“Moga kerajaan terus mendengar nasihat pakar dan keluhan suara hati rakyat. Tiada salahnya untuk buat 'u turn' dalam polisi sekiranya jelas maslahah lebih besar perlu diambil kira,” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan kedai gunting rambut, cermin mata dan salon kecantikan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan gunting rambut asas antara dibenar operasi semasa PKP

Selain itu, Perdana Menteri turut memutuskan semua bentuk bazar Ramadan juga tidak dibenarkan untuk beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

Keputusan itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hariannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai gunting rambut, cermin mata tidak dibenar beroperasi

Artikel Berkaitan: