Tak sempat gunting rambut pelanggan kena cekup imigresen
13 Julai 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang tukang gunting warga asing tidak sempat memotong rambut pelanggannya apabila ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan di Bandar Baru Sri Klebang pada Isnin.
Lelaki warganegara Bangladesh itu merupakan antara 22 orang warga asing yang ditahan susulan operasi di 12 premis sekitar Ipoh pada Isnin.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI
