Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan
10 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah
