Durian bukit punya keistimewaan tersendiri

SEREMBAN - Musim durian kali ini bukan sahaja menyaksikan lambakan pelbagai varieti durian di pasaran pada harga yang rendah, malah memberi peluang kepada penggemar raja buah menikmati durian bukit yang sukar diperoleh di luar musim.
Pemilik dusun durian bukit di Kampung Orang Asli Sebir Labu, Zurdi Baharu, 44, berkata pokok durian di dusunnya hanya mengeluarkan hasil sekali setahun dan dibiarkan hidup secara organik mengikut proses alami.
Beliau berkata, durian bukit mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ditanam di lereng bukit yang kaya dengan kandungan mineral semula jadi, sekali gus membolehkan pokok tumbuh subur tanpa memerlukan racun serangga dan baja. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
