Sani Hamzan ucap takziah kepada BN, diberi amaran sakitkan hati ahli Parlimen lain

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor, mengingatkan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan, supaya mematuhi tatatertib yang sewajarnya ketika berada di Dewan Rakyat.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor, mengingatkan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan, supaya mematuhi tatatertib yang sewajarnya ketika berada di Dewan Rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan diberi amaran oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor susulan mengeluarkan kenyataan menyindir parti lain berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketika sesi pertanyaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Mohd Sany pada mulanya mengucapkan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas serta takziah kepada Barisan Nasional (BN) kemudian membetulkan semula kenyataan itu.

“Syabas dan tahniah kepada Pas dan PN. Takziah kepada BN.

“Eh terbalik tahniah kepada BN. Takziah kepada PN dan Pas,” ujarnya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Bagaimanapun, Ramli segera memberi amaran bahawa Mohd Sani boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (10) (c) Dewan Rakyat kerana menyakitkan hati dalam kalangan ahli Parlimen.

“Saya dah bagi amaran, saya harap jangan buat. Kesabaran ada had,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!