Langit Pulau Jawa gempar kemunculan cahaya hijau kebiruan, bunyi dentuman misteri

Fenomena langit dengan cahaya hijau kebiruan beserta bunyi dentuman misteri di beberapa kawasan di Pulau Jawa, Indonesia mengejutkan ramai penduduk.
Fenomena langit dengan cahaya hijau kebiruan beserta bunyi dentuman misteri di beberapa kawasan di Pulau Jawa, Indonesia mengejutkan ramai penduduk.
A
A
A

JAKARTA - Langit di beberapa kawasan di Pulau Jawa, Indonesia menjadi tumpuan ramai pada malam Sabtu apabila satu cahaya hijau kebiruan yang bergerak pantas kelihatan melintasi ruang udara.

Fenomena itu disaksikan penduduk di beberapa kawasan termasuk Ciamis, Bekasi, Cirebon dan Sleman.

Kilatan cahaya yang menyerupai meteor itu bukan sahaja mencetuskan rasa kagum malah turut mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Seorang saksi, Narti, dari Kecamatan Cijeungjing, Ciamis, berkata, cahaya terang itu muncul dari arah utara dan bergerak dengan kelajuan tinggi sebelum hilang dalam tempoh beberapa saat.

Beberapa penduduk di Cirebon turut melaporkan terdengar bunyi dentuman kuat hampir serentak dengan kemunculan objek tersebut.

Kejadian itu menguatkan andaian bahawa objek berkenaan ialah meteor bersaiz besar atau bebola api yang memasuki atmosfera Bumi sebelum terbakar akibat geseran dengan udara.

Bekas Pengarah Pusat Gempa Bumi dan Tsunami (BMKG), Daryono menerusi hantaran di media sosial mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kemunculan bebola api gergasi itu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan sama ada ia mempunyai kaitan dengan bunyi dentuman misteri yang didengari di kawasan pantai utara (Pantura) Jawa Barat," ujarnya. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!